PANDUAN MENULIS KARANGAN YANG BAIK (BAHAGIAN I)


PANDUAN MENULIS KARANGAN YANG BAIK (BAHAGIAN I)

PENDAHULUAN

i) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

(perenggan pertama)

a) Pada era globalisasi ini,                               

b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,

c) Dalam meniti arus kemodenan ini         

d) Dewasa ini,

e) Pada masa ini,                                                
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,                                             

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i) Sejak sedekad yang lalu,                             
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
l) Belakangan ini,                                           
m) Sejak akhir-akhir ini,

Contoh:
  • Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
  • Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …
  • Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
  • Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
  • Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
  • Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
  • Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
  • Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
  • Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun ……  menunjukkan bahawa sebanyak …………
 PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
  • Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
  • Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
  • Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera  untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
  • Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
  • Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi

ISI

i) PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN              

  (UNTUK ISI PERTAMA)

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

ii) PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI ETERUSNYA…PILIH YANG BERSESUAIAN)

 · Bagi sesetengah orang …                             · Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …                         · Bertitik tolak daripada itu …

· Bukan itu sahaja …                                          · Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..                                         · Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …                                          · Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..                                · Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan                            · Hal ini penting dalam

· Hal ini serupa dengan                                    · Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan                                                · Ini membuktikan bahawa

· Ini menggambarkan bahawa                        · Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan                         · Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah                                       · Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini                            · Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa                   · Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar

 · Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini                    – Hal ini demikian kerana

- Hal ini berlaku kerana                                   · Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang                         – Hal ini terjadi kerana
- Hal ini disebabkan oleh                                – Hal ini wujud akibat daripada
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh                    -  Hal ini bersangkut-paut dengan
- Hal ini berpunca daripada                           – Hal ini tercetus apabila
- Hal ini timbul apakala                                   –  Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih               – Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a)Walau bagaimanapun,                     g) Jika dilihat dari sudut lain,

b) Dengan kata lain,                             h) Kontradiksinya,
c) Di sebalik itu,                                    i) Walakin begitu,
d) Namun demikian,                             j) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Dalam pada itu,
f) Dari sudut lain,

Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,                                            

b) Contohnya,

c) Sebagai contoh,                                 

d) Tamsilnya,

e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti                  

g) Sebagai contohnya

h) Biar kita lihat                                  

i) Biar kita ambil contoh

j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
k) Sebagai analoginya,
l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan                      

b) Hal ini menyebabkan

c) Oleh itu,                                            

d) Maka,

e) Oleh hal yang demikian,                   

f) Oleh sebab itu,

g) Jelaslah bahawa                               
h) Justifikasinya,


 Penanda menutup isi (untuk bahagian isi)

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,


Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru                                                      

b) malah

c) malahan                                                   

d) tambahan pula

e) sementelahan                                           

f) sekali gus

g) di samping                                             

h) bahkan

i) malar-malar

iii)  PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN              

  (UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)

a) Selain itu,                                             

b) Di samping itu,

c) Sementara itu,                                      

d) Lebih-lebih lagi,

e) Dalam pada itu,                                   

f) Lain daripada itu,

g) Pada waktu yang sama,                     

h) Dalam pada itu,

i) Seterusnya,
—–UNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.—-
 PENUTUP



 Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,                                

b) Intihanya,

c) Secara tuntas,                                   

d) Konklusinya,

e) Sebagai penutup wacana,                

f) Sebagai penghias bicara akhir,

g) Sebelum mengakhiri wacana ini,   

h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,


PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama  
  dituruni, insyallah  perkara ini akan …

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama



Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, …….
b) Bak kata peribahasa Melayu, …………
c) Bak kata orang tua-tua, ………..
d) Bak kata mutiara, ………
e) Bak peribahasa, …………
f) Bak kata cendekiawan, ………….
g) Persis kata peribahasa, …………
h) Persis kata peribahasa Melayu, ………….
i) Persis kata orang tua-tua, …………
j) Persis kata mutiara, …………
k) Persis peribahasa, ……………
l) Persis kata cendekiawan, ………….
m) Hal ini sama dengan peribahasa ……….
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni …….
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ………..
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ……….

PANDUAN MEMBINA PENUTUP
A1-  SIMPUL    (S)
A2-  CADANGAN (C)
A3-  HARAPAN (H)
A4- PENDIRIAN  (P)

Contoh:
A1- S-    Sebagai kesimpulannya, dapatlah kita merumus bahawa semua pihak memainkan peranan yang   sama untuk menangani masalah ini.
A2- C-   Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yangerat untuk memastikan    kejadian jenayah yanag membabitkan remaja berkurangan bak peribahasa Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
A3- H-  Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak  dapat menyedarkan  remaja daripada   terus terlibat dalam jenayah

A4- P-  Remaja merupakan aset negara yang bernilai dan jangan biarkan aset ini menyebabkan imej negara   tercalar di mata dunia.


KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
  1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
  2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
  3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
  4.  Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
  5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
  6. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77
  7.  “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan” ~Surah Yusuf:18
  8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
  9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
  10. “Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
  11. “Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” ~Profesor Diraja Ungku Aziz
  12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
  17. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
  18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
  19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.     Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
  20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
  22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat     dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. – SAIDINA ABU BAKAR
  23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
  24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
  25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Penanda Wacana
A
1.        Andaikan perkara ini berlanjutan,
2.        Apa yang membimbangkan kita ialah
3.        Abad yang mementingkan material ini mengajar kita …
4.        Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah…
5.        Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa…
6.        Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa
7.        Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,
8.        Ada pihak yang beranggapan bahawa
9.        Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa
10.     Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan
11.     Adalah dipercayai bahawa…
12.     Adalah lebih Afdal (baik) jika…
13.     Adalah memalukan kita kerana
14.     Adanya perkara ini kerana
15.     Adalat (keadilan) akan terpancar jika….
16.     Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan
17.     Adat di dunia memang begitu,
18.     Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana…
19.     Adiwarna (memang bagus) jika kita……
20.     Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan…
21.     Advis (nasihat) saya ialah …
22.     Aduan yang kita sering terima uialah…
23.     Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan
24.     Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa…
25.     Agak membimbangkan kita kerana…
26.     Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah…
27.     Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan….
28.     Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29.     Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30.     Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa
31.     Alam terbentang menjadi saksi,
32.     Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa
33.     Almalun (terkutuk) sekali jika kita….
34.     Amnya, (Umumnya)
35.     Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana….
36.     Angkara perbuatan ini,
37.     Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa….
38.     Aspirasi (cita-cita) negara ialah …
39.     Atas dasar perikemanusiaan,
40.     Ayuhai manusia,….

B
41.     Bagaimana pun,
42.     Bahang masalah in semakin terasa kerana
43.     Bagunlah wahai rakyatku,
44.     Barangkali kita terlupa bahawa…
45.     Baru-baru ini,
46.     Belakangan ini,
47.     Bayangkan suatu hari nanti,
48.     Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan…
49.     Bedooh (melampau) sekali jika mereka…
50.     Belukar kehidupan ini mengajar kita….
51.     Benarlah jika saya mengatakan bahawa
52.     Bernas sekali anggapan bahawa…
53.     Biasanya,

C
56.     Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor…
57.     Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
58.     Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
59.     Cukuplah sekadar ini,
60.     Cukup malu kerana…

D
61.     Dada manusia yang kejam ini..
62.     Dada insan yang rakus (tamak) ini…
63.     Daifnya (hina) kita jika dikatakan…
64.     Dakwaan yang mengatakan bahawa…
65.     Dakwaan ini memang tepat kerana
66.     Dakwaan ini tidak berasas kerana
67.     Dalam mengharungi arus globalisasi,
68.     Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
69.     Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
70.     Dalam hal ini,
71.     Dalam ajaran agama dan moral,
72.     Dalam mengaplikasikan nilai ini,
73.     Dalam pada itu,
74.     Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
75.     Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa…
76.     Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa….
77.     Dapat kita simpulkan bahawa…
78.     Daripada membiarkan masalah ini kronik,
79.     Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa…
80.     Dalam hal sedemikian,
81.     Dengan berbuat demikian,
82.     Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
83.     Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan…
84.     Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana
85.     Diskriminasi kaum menyebabkan…

E
86.     Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87.     Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88.     Ekoran daripada peristiwa ini,
89.     Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90.     Entah mengapa,

F
91.     Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa…
92.     Faktor utama ialah..
93.     Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94.     Fasal (berkenaan) itu,
95.     Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah…
96.     Fokus utama topik kita ialah…
97.     Fungsi utama ialah..

G
98.     Galakan ini datangnya daripada…
99.     Gamatlah suasana kerana …
100.  Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana…
101.  Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa
102.  Gejala ini ada kaitan dengan….
103.  Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila…
104.  Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan….
105.  Generasi dotkom ini mementingkan..
106.  Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila…
107.  Gundah sekali apabila….
108.  Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,

H
109.  Habis (jadi),
110.  Hala tuju kerajaan ialah…
111.  Hal ini demikian kerana
112.  Hal ini berlaku kerana…
113.  Hal in memang memeranjatkan kita kerana…
114.  Hal ini tidaklah menghairankan kerana…
115.  Hal ini berpunca daripada…
116.  Hal ini menyebabkan…
117.  Hal ini menghalang usaha kita…
118.  Hampanya ibu bapa apabila…
119.  Harapan kita ialah…
120.  Harapan negara ialah…
121.  Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan
122.  Hipotesisnya ialah…
123.  Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana…
124.  Hujah yang dikatakan…
125.  Hujah itu memang tepat kerana…

I
126.  Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan…
127.  Idea ini menyebabkan
128.  Ideologi ini memang benar kerana…
129.  Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
130.  Ijtihad pelbagai pihak ialah…
131.  Iklim budaya ketimuran menyebabkan…
132.  Iman manusia semakin menipis kerana..
133.  Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
134.  Impaknya(kesannya) ialah
135.  Impak daripaha hal ini menyebabkan…
136.  Ingatlah bahawa…
137.  Ingat,
138.  Insaflah wahai manusia,
139.  Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana…
140.  Istilah malas memang bahaya kerana…
141.  Izinkan saya katakan bahawa….

J
142.  Jika ditinjau dari sudut agama,
143.  Jauhari berpendapat bahawa,
144.  Jabatan narkotik membuktikan bahawa
145.  Jadi,
146.  Berjaga-jagalah kita,
147.  Jagat (dunia) ini amat luas,
148.  Jagatraya (seluruh dunia) ini,
149.  Jago (juara) politik beranggapan,
150.  Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
151.  Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
152.  Jak ( semenjak / dari)
153.  Jalan hidup yang lurus ini
154.  Jauh di sudut hati,
155.  Jauh berbeza daripada orang lain,
156.  Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
157.  Jentera kerajaan mestilah
158.  Jihad (perjuangan) manusia
159.  Justifikasinya, (alasannya)

160.  Jurang pemisah in menyebabkan


K
161.  Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa
162.  Kaca mata ini sentiasa melihat
163.  Kadangkala,
164.  Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan
165.  Kala manusia bermain dengan kezaliman,
166.  Kalakian, ( ketika itu)
167.  Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila
168.  Kalimah  (kata-kata) ini menyebabkan
169.  Kancah politik menyebabkan
170.  Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
171.  Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan
172.  Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana
173.  Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila
174.  Kata Perdana Menteri,
175.  Kata golongan intelek,
176.  Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
177.  Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
178.  Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah
179.  Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila
180.  Kekecamukan  ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan
181.  Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
182.  Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana
183.  Kelak,
184.  Kemudiannya,
185.  Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan
186.  Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
187.  Kekentalan hidup mengajar kita
188.  Kerenah manusia pada zaman moden ini,
189.  Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
190.  Khususnya,
191.  Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana
192.  Kini,
193.  Kira-kira sedekad lalu,
194.  Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
195.  Klasiknya pemikiran seseorang apabila
196.  Kombinasi ini menyebabkan
197.  Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
198.  Kompleksnya kehidupan manusia kerana
199.  Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa
200.  Konklusinya,
201.  Konsep ini sesuai kerana
202.  Kontradiksinya, (sebaliknya)
203.  Kekosongan jiwa menyebabkan
204.  Kotornya sanubari seseorang jika
205.  Kreativiti ini menyebabkan
206.  Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana
207.  Kritikalnya masalah ini kerana
208.  Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila
209.  Kurangnya pendidikan menyebabkan

L
210.  Lagipun,
211.  Lagi pula,
212.  Langkah yang sesuai ialah
213.  Langsung tidak kita ramalkan bahawa
214.  Lebih-lebih lagi,
215.  Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
216.  Lahiriahnya  ( pada awalnya)
217.  Lakonan manusia kini semakin baik kerana
218.  Lanjutan daripada peristiwa itu,
219.  Lantangnya suara manusia menyebabkan
220.  Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
221.  Lebih-lebih lagi,
222.  Leganya kita jika
223.  Lillahi, (demi Tuhan)
224.  Lumrahnya, (lazimnya)
225.  Lumpur hidup ini memang begitu,

M
226.  Maknanya,
227.  Maka,
228.  Masa sekarang
229.  Malangnya,
230.  Malang tidak berbau,
231.  Masihkah anda ingat,
232.  Misalnya,

S
233.  Sementelahan,
T
234.  Tempiasnya (kesannya)